Powered by Max Banner Ads 

Pretty Ugly Rakam Album Baru

March 11, 2009 by krsuicide  
Filed under Filem & Album

Selepas “Diari Seorang Lelaki” dan “Apa Lagi Ku Tunggu”, single terbaru kumpulan Pretty Ugly setelah sekian lama menyepi dari persada rock, merupakan “Itu Bukan Aku”, menampilkan nada yang lebih serius serta vokal yang lebih mendayu dan berperisa balada buat pertama kali untuk Neves selaku ‘frontman’. Neves dan rakan-rakannya – pemain dram dan pengasas bersama, Boyd, dan juga Jay, gitaris asal yang kembali ke pangkalan selepas sibuk dengan kerjayanya – yang dikenali dengan kecenderungan bergaya bebas dalam pengayaan muzik dan nyanyian mereka, sedang dalam proses pembikinan album keempat selepas ‘Abstrak Versi Fantasi’, ‘Transformasi Ke Stereo’ dan ‘Rockaholic’. Album ini menandakan penyertaan anggota baru, Juad, selaku bassis tetap. Album ini juga merupakan album pertama Pretty Ugly sebagai sebuah entiti indie setelah tamat kontrak mereka dengan KRU Music Group.

Lagu “Itu Bukan Aku” merupakan ‘single’ kedua daripada album tersebut selepas “Kelab Jiwa Muzik” yang telah diriliskan pada pertengahan tahun lepas. Kedua-dua ‘single’ ini menerajui koleksi yang lebih matang, terus-terang dan kurang eksperimentasi. Judul album masih belum ada lagi, tetapi menurut sumber dari Metadome, Neves selaku pencipta dan pengarang lagu berkongsi bahawa keistimewaan kali ini adalah ‘chemistry’ dan semangat baru serta sumbangan keempat-empat ahli Pretty Ugly dalam penghasilan lagu. Album ‘pop bebas’ yang dijangka siap pertengahan tahun ini pastinya ‘steady’ sahaja menawarkan citarasa Pretty Ugly sendiri yang merdeka daripada trend-trend semasa dunia pop rock serantau.

credits: gua.com.my


Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • BlinkList
  • Blogosphere News
  • Live
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • Technorati
  • Fark
  • Faves
  • Netvibes
  • blogmarks
  • RSS
  • Yahoo! Bookmarks

Random Posts

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Spam Protection by WP-SpamFree