Showcase Anggun di Kuala Lumpur
March 12, 2009 by krsuicide
Filed under Filem & Album

Anggun C.Sasmi, masih ingat lagi dengan nama ini? Jika anda peminat setia kepada penyanyi kelahiran Indonesia ini pasti anda merindui kehadirannya dalam industri. Tidak mengapa, kerinduan anda bakal terubat kerana Anggun kini hadir dengan album terbaru yang berjudul, Elevation. Menurut kenyataan akhbar yang dihantar kepada GUA oleh Metadome Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab mengedar album Anggun di sini, album Anggun kali ini mencerminkan perjuangan Anggun dalam industri muzik tanpa mengenal penat lelah dalam menghasilkan karya muzik yang terbaik untuk tatapan seluruh peminatnya. Elevation banyak menyajikan elemen rentak yang pelbagai tidak hanya pada bunyi upbeat, malah pada midtempo, dan slowmo yang terasa lebih dekat dengan irama urban. Malah, ia turut mengetengahkan irama muzik yang pelbagai bermula dari irama pop, disusuli dengan rap, dance, ballad, hiphop dan juga rock. Untuk menjadikan album ini satu realiti, Anggun turut berkolaborasi dengan Tefa & Masta, produser yang amat sinonim dengan muzik urban. Ia juga menggandingkan Pras Michel, salah seorang personaliti The Fugees, dan juga DJ Laurent Wolf. Untuk menjadikan album ini satu realiti, Anggun turut berkolaborasi dengan Tefa & Masta, produser yang amat sinonim dengan muzik urban. Ia juga menggandingkan Pras Michel, salah seorang personaliti The Fugees, dan juga DJ Laurent Wolf.
Album ini mempunyai 13 buah lagu dan 4 buah lagu bonus. Sebagai single pertama lagu Jadi Milik Mu / Crazy menjadi pertaruhan untuk album ke-9 Anggun ini. Lagu berentak rancak (dance) ini dirasakan amat sesuai dan dekat dengan pendengar-pendengar radio tanah air. Liriknya amat mudah difahami. Lagu berjudul Stronger featuring (Feat. Big Ali) pula dipilih sebagai single kedua untuk dipopularkan. Lagu berbahasa Inggeris ini kental dengan gaya muzik American feel. Sebuah kombinasi dari muzik rock yang bertenaga disulami dengan irama rap / R & B daripada Big Ali. Big Ali adalah pemuzik hip hop yang sering berkolaborasi dengan pemuzik ternama seperti Usher, Puff Diddy, dan Nelly Furtado. Bahkan, Big Ali juga menjadi residen MC di Cannes Film Festival di selatan Perancis. Lagu Stronger ini dilihat sebagai percubaan berani Anggun untuk menembusi pasaran muzik Amerika.
Anggun akan berada di Malaysia pada 23 hingga 29 Mac 2009 ini bagi menjayakan rangka promosi album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 20 Mac depan. Pelancaran album Anggun akan diadakan di Songket Lounge, Hotel Istana. Begitu juga dengan showcase istimewanya.GUA akan cuba mendapatkan Anggun untuk ditemubual secara eksklusif. Jadi, jangan lupa melayari GUA pada setiap hari!
ALBUM
• Elevation – 2008
• Best Of – 2006
• Luminescence Special Edition – 2006
• Luminescence – 2005
• Open Hearts Soundtrack – 2002
• Chrysalis – 2000
• Desirs Contraires – 2000
• Anggun – 1998
• Snow On The Sahara – 1997
sumber: gua.com.my




