Amy Search Sertai PAS? Biar Betik!

Amy Search sertai PAS? biar betik! Amy Search yang dikatakan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti PAS termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini menafikan telah menyertai parti PAS. Desas desus ikon rock Malaysia telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

Amy yang hadir atas jemputan membuat persembahan bersama Renggo menafikan yang beliau telah menyertai PAS. Amy yang juga meminati karisma Tok Guru (Nik Abdul Aziz) masih belum terfikir untuk menyertai PAS.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Amy dan Tok Guru Nik Aziz Semasa Pembukaan Restoran Cheng Ho

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka. Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.





Blog Widget by LinkWithin

Comments

  1. kisahsensasi says:

    Seringkali bile AMY join majlis kat kelantan….sure die dikatakan masuk PAS…

    [Reply]

  2. AIEN says:

    mcm x caye jwer…amy joint PAS…apepon, all d best…

    [Reply]

  3. cari aku says:

    Kalo amy masuk pas,pelik ke? Lain la kalo amy tukar agama,baru la pelik…Tu hak die la nak masuk mane2 parti pon..ape nak kisah…jangan la jadikan PAS sebagai sesuatu yg salah, sesuatu yg xbaik…jgn la buruk sangka kat org lain…ISLAM tu indah…

    [Reply]

  4. nobody says:

    salam,

    die mcm ni la, andai korg jemput amy search dtg kenduri korg, dan die sudi dtg, adakah bermakne ade ape2? x, sbb die dtg hanye utk memenuhi undangan je, even dlm islam sendri pon katekan, kalo org dah jemput and xde masalah nak dtg, pergilah lawat.

    and kene fahamla, dato’ nik aziz bukannye sebarangan org. walaupun die bukan artis tapi still seorg tokoh yg disegani di kelantan (bcakap di luar politik). so kalo aku pon rase berbangge dpt jumpe tokoh mcm ni.

    [Reply]

  5. mohd azam says:

    tahiah amy krna sertai pas….harap2 kekel hngga kew anak cucu tahniah trma kash…..

    [Reply]

  6. mohd azam says:

    terma ksh amy………..

    [Reply]

  7. carilah says:

    Amy Search Sertai PAS? Biar Betik!<<<++ pelik ke? kalau masuk umno baru ler betik, timun, tembikai semua kuar..hahaha..
    setuju dengan CariAku kata: Lain la kalo amy tukar agama,baru la pelik…

    [Reply]

  8. irwan shah says:

    salam…….
    ape la mslahnyer klu amy msk pas…….
    sm jer xder mslah….
    tp yg mslahnyer bler nk wat show la…….
    nk kuar tv pon pyh la………….
    biasa la politik kt malaysia ni…..
    biler msk pembangkang jer sumernyer jd xley…….
    phm2 la an………..
    tp ape2 pon,
    amy still rock……
    peeeewwwiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt

    [Reply]

  9. laki² baik says:

    erm ok la sngt² n care amy tu masuk pas…
    npe klu psl pas jer npk x elok…
    sbb die org x elok mmg media yg bnyk wt parti pas atau PKR yg jd x elok fitnah sane sini…tgk la media skrg psl baik² jer smue kt umno klu buruk jer kt pembangkang…
    cube bagi hak penyiaran tV2 tu bg kt pembangkang baru la btol² berpolitik… nie x 100% hak penyiaran die amek mmg berat sebelah la dacing tu…
    dulu aku kecik² mmg aku org kuat amno bru umor belasan tahun dh pg smue mjlis yg amno wt tp skrg aku dh besar aku dh thu gne internet smue nye aku dh thu…
    papepun hidup amy rockkkkkk mesti mari wakakakakaka?

    [Reply]

  10. Naddy says:

    Ni gambo2 time Nik Aziz rasmikan restoren amy kt wangsa maju aritu. Gmbo amy masuk pas takde ke?

    [Reply]

Speak Your Mind

*

CommentLuv Enabled
:wink: :twisted: :roll: :oops: :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :?: :-| :-x :-o :-P :-D :-? :) :( :!: 8-O 8)