Powered by Max Banner Ads 

Siapa Top 12 OIAM?

February 14, 2009 by krsuicide  
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized

Tak payah nak teka-teka lagi. Nak tahu jawapannya … ini dia. Mempersembahkan Amylea (Akademi Fantasia 3), Tomok (vokalis New Boyz), Pija (Mentor 2007), Nine (vokalis Coco), Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006), Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007), Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fifi – 12 peserta yang akan berentap di musim ketiga One In A Million (OIAM). Seperti musim sebelumnya, Marion Caunter dan Awal Ashaari kekal sebagai hos sementara panel juri terdiri daripada Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Musim ini juga melihat penyertaan Ning Baizura sebagai mentor vokal, Pat Ibrahim selaku mentor persembahan pentas, Juita Abdul Jalil sebagai mentor persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal. Bermula Jumaat minggu depan, mereka akan beraksi secara ‘live’ di Sri Pentas 2, Shah Alam. Bagi mereka yang lebih suka menonton di rumah, siaran bermula pada pukul 9.30 malam di 8TV.

sumber: gua.com.my

Datuk Sheila Majid Pengetua Akademi Fantasia 7?

February 12, 2009 by krsuicide  
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized

Pada 11 Februari lalu, barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 7 telah pun diperkenalkan pada sidang media khas. Selain mengekalkan Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan Bahasa Inggeris serta Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal, tiga tenaga pengajar baru turut dipilih iaitu pelakon Ida Nerina sebagai guru lakonan, A.Aris Kadir yang mengambil alih tugas Linda Jasmine selama enam musim sebagai koreografer serta Acis sendiri. AC Mizal juga diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan konsert mingguan Akademi Fantasia 7. Begitu juga dengan Sarimah Ibrahim yang terus kekal sebagai hos bagi program Diari Akademi Fantasia dan sebuah segmen AF baru iaitu, Diari INT AF. Tetapi perkara yang lebih hangat ialah siapa bakal pengetua AF7 ? hal ini diperkuatkan lagi apabila suami Datuk Sheila Majid, Hashridz Murshim atau Acis telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar AF musim baru ini selaku Pengarah Muzik. Ramai yang beranggapan pemilihan Acis itu sebenarnya sebagai ‘petanda’ oleh Astro bahawa ‘kerusi panas’ tersebut memang sah menjadi milik penyanyi yang popular itu. Namun, bila diajukan soalan sama ada dia bersedia memikul tanggungjawab itu jika ditawarkan kelak, Sheila hanya sekadar menjawab “no komen” dan enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.

Konsert Rihanna 13 Februari Ditunda!

February 11, 2009 by krsuicide  
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized

Ekoran kes dipukul teman lelakinya, Chris Brown, Rihanna tidak dapat meneruskan konsertnya di Malaysia pada Jumaat ini, bersamaan 13 Februari.Razman Razali, pengarah urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, penganjur konsert ‘Rihanna Live in Kuala Lumpur’, dalam satu siaran akbar yang diemelkan kepada gua.com.my tadi memberitahu telah menerima kenyataan rasmi dari agensi pengurusan Rihanna, William Morris Agency (Los Angeles) bahawa konsert tersebut akan ditundakan tarikhnya. Tarikh baru konsert akan dikemukakan agensi tersebut kepada Pineapple Concerts dua minggu dari hari ini.

Pemegang tiket dinasihatkan untuk menyimpan tiket mereka. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut, emel media@pineappleconcerts.com.

Sunburst 2009 Pertaruhkan Muzik Indie

February 8, 2009 by krsuicide  
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized

Sunburst KL International Music Festival 2009 kembali untuk kali kedua setelah berjaya dalam penganjuran sulungnya tahun lalu. Konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd ini akan diadakan pada 21 Mac, di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equesterian & Country Resort, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga jam 2 pagi. Konsert 12 jam tanpa henti ini bakal menampilkan kumpulan-kumpulan indie seperti Butterfingers, Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, Agrikulture, Bunkface, Maliq& D’Essential, Gerhana Ska Cinta, Estrella, Dead Mushroom, Joe Flizzow, Projek Pistol, 21st Night, Pesawat, They Will Kill Us, Arabyrd, The Otherside Orchestra, Juwita Suwito, Reza Salleh, Aseana Percussion Unit (APU), Cosmic Kitchen, Twillight Action Girl, Loops Collective. Terdapat juga band dari Indonesia seperti Nidji dan Andra&The; Backbone, kumpulan Sixx dari Singapura, dan Russian Winters dari Australia serta ramai lagi band-band antarabangsa yang bakal menyertai konsert berkenaan. Lebih istimewa, peminat muzik tanah air juga bakal dihiburkan dengan persembahan band hip-hop terkenal dari Amerika Syarikat,iaitu N.E.R.D.

HujanN.E.R.D
Meet Uncle Hussein
Juwita Suwito
Estrella
Bunkface
21st Night

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket The Sunburst KL 2009 boleh mendapatkannya dengan menelefon Axcess Tickets Hotline ditalian 03-77115000.Tiket boleh didapati pada harga RM203 dan RM253. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.sunburstkl.com.

credits to: mStar

Akma Hisyam Photos Gallery

January 7, 2009 by krsuicide  
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru, Uncategorized

Pictures of Malaysia celebrities wearing sexy clothing are everywhere these days. Akma Hisyam, one of Malaysia celebrity recently went for a holiday at Krabi, Thailand and now her pictures there are widely spread in the Internet.These private pictures of her now can be seen by every Internet users. Honestly, because of Internet, the word privacy doesn’t bring any meaning no more.







Blog Widget by LinkWithin
Page 1 of 3312345»...Last »