Tengku Fakhry-Manohara Bahagia Bersama
April 26, 2009 by krsuicide
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru
Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Kelantan bersama isteri baginda, Cik Puan Temenggong, Monahara Odelia Ponit, telah berkenan untuk berangkat ke rumah anggota exco kerajaan negeri itu kira-kira pukul 1.30 petang semalam.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negative terhadap pasangan terbabit.
Tambahnya, biarkan pasangan itu hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak tertentu.
Amy Search Sertai PAS? Biar Betik!
April 11, 2009 by krsuicide
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru
Amy Search sertai PAS? biar betik! Amy Search yang dikatakan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti PAS termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini menafikan telah menyertai parti PAS. Desas desus ikon rock Malaysia telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
Amy yang hadir atas jemputan membuat persembahan bersama Renggo menafikan yang beliau telah menyertai PAS. Amy yang juga meminati karisma Tok Guru (Nik Abdul Aziz) masih belum terfikir untuk menyertai PAS.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.
Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Amy dan Tok Guru Nik Aziz Semasa Pembukaan Restoran Cheng Ho
Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka. Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
(Gambar) Anak Gadis Yusof Haslam Bersosial
April 3, 2009 by krsuicide
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru
Lihat sahaja aksi-aksi anak gadis pengarah terkenal Yusof Haslam bersosial! Tak nak cakap banyak, sekeping gambar boleh menceritakan banyak perkara, yer tak? jika sebelum ini beliau berbadan agak besar tapi sekarang ni beliau dah kurus dan kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya di Australia. Apa yang anda boleh agak dari gambar-gambar di atas terpulang pada penafsiran anda sendiri…








Siti Nurhaliza, Dato’ K temui Nik Aziz
April 3, 2009 by krsuicide
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan. “Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. 
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa. “Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi,” ujarnya. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Dato’ K’. Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.Pada pertemuan tersebut Dato’ K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
sumber: HarakahDaily
Diana Danielle Jadi Timbalan Penghuluwati Kem PLKN Princess Heliza
April 1, 2009 by krsuicide
Filed under -X- klusif, Isu Terbaru
Ini adalah foto terbaru Diana Danielle semasa menjalani PLKN. Diana Danielle telah pun terpilih menjadi Timbalan penghuluwati kat Kem PLKN Princess Heliza. Mengikut sumber forum cari pos tu katanya pos kedua tertinggi di pusat latihan…tahniah la. Bukan senang nak kawal satu kompeni ni kalau platun takpe la sikit jer ahlinya ni pulak satu kompeni yang ramainye lebih kurang 400 org pulak tu. Mana nak jaga diri lagi, dorm lagi, sakit pening pelatih lain lagi, penat jugak dibuatnya. Kesian jugak aku baca cerita si diana ni tapi dia ni memang ada quality jadi ketua. kalu tak tak kan la senang-senang boleh jaga budak-budak yang sebaya ngan dia. lelaki pulak tu. silap haribulan dia kena pukul tu…




sumber: Forum Cari




