Siapa Top 12 OIAM?
February 14, 2009 by krsuicide
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized
Tak payah nak teka-teka lagi. Nak tahu jawapannya … ini dia. Mempersembahkan Amylea (Akademi Fantasia 3), Tomok (vokalis New Boyz), Pija (Mentor 2007), Nine (vokalis Coco), Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006), Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007), Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fifi – 12 peserta yang akan berentap di musim ketiga One In A Million (OIAM). Seperti musim sebelumnya, Marion Caunter dan Awal Ashaari kekal sebagai hos sementara panel juri terdiri daripada Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Musim ini juga melihat penyertaan Ning Baizura sebagai mentor vokal, Pat Ibrahim selaku mentor persembahan pentas, Juita Abdul Jalil sebagai mentor persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal. Bermula Jumaat minggu depan, mereka akan beraksi secara ‘live’ di Sri Pentas 2, Shah Alam. Bagi mereka yang lebih suka menonton di rumah, siaran bermula pada pukul 9.30 malam di 8TV.
sumber: gua.com.my
Datuk Sheila Majid Pengetua Akademi Fantasia 7?
February 12, 2009 by krsuicide
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized
Pada 11 Februari lalu, barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 7 telah pun diperkenalkan pada sidang media khas. Selain mengekalkan Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan Bahasa Inggeris serta Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal, tiga tenaga pengajar baru turut dipilih iaitu pelakon Ida Nerina sebagai guru lakonan, A.Aris Kadir yang mengambil alih tugas Linda Jasmine selama enam musim sebagai koreografer serta Acis sendiri. AC Mizal juga diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan konsert mingguan Akademi Fantasia 7. Begitu juga dengan Sarimah Ibrahim yang terus kekal sebagai hos bagi program Diari Akademi Fantasia dan sebuah segmen AF baru iaitu, Diari INT AF. Tetapi perkara yang lebih hangat ialah siapa bakal pengetua AF7 ? hal ini diperkuatkan lagi apabila suami Datuk Sheila Majid, Hashridz Murshim atau Acis telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar AF musim baru ini selaku Pengarah Muzik. Ramai yang beranggapan pemilihan Acis itu sebenarnya sebagai ‘petanda’ oleh Astro bahawa ‘kerusi panas’ tersebut memang sah menjadi milik penyanyi yang popular itu. Namun, bila diajukan soalan sama ada dia bersedia memikul tanggungjawab itu jika ditawarkan kelak, Sheila hanya sekadar menjawab “no komen” dan enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.Filem Komedi Seram – Jangan Pandang Belakang Congkak
February 11, 2009 by krsuicide
Filed under Filem & Album, Isu Terbaru, Uncategorized

Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem ber konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre yang menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton. Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu – Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.
Barisan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi. Nantikan kemunculan filem terbarunya Jangan Pandang Belakang Congkak di pawagam berdekatan.
Konsert Rihanna 13 Februari Ditunda!
February 11, 2009 by krsuicide
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized
Ekoran kes dipukul teman lelakinya, Chris Brown, Rihanna tidak dapat meneruskan konsertnya di Malaysia pada Jumaat ini, bersamaan 13 Februari.Razman Razali, pengarah urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, penganjur konsert ‘Rihanna Live in Kuala Lumpur’, dalam satu siaran akbar yang diemelkan kepada gua.com.my tadi memberitahu telah menerima kenyataan rasmi dari agensi pengurusan Rihanna, William Morris Agency (Los Angeles) bahawa konsert tersebut akan ditundakan tarikhnya. Tarikh baru konsert akan dikemukakan agensi tersebut kepada Pineapple Concerts dua minggu dari hari ini.
Pemegang tiket dinasihatkan untuk menyimpan tiket mereka. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut, emel media@pineappleconcerts.com.
Gambar Terbaru Bienda
February 10, 2009 by krsuicide
Filed under Isu Terbaru, Uncategorized
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang telah menjalani pembedahan jantung berlubang tahun lalu.Pembedahan yang dibiayai oleh PERGERAKAN PEMUDA UMNO sebanyak RM25,000 itu sebenarnya telah memberi kesan sampingan kepada badan Bienda di mana badan Bienda menjadi lebih gemuk sedikit. Kata ibu Bienda, pada permulaannya Bienda tidak dapat makan sebab selalu muntah-muntah. Jadi, sekarang ini Bienda sedang berusaha untuk menguruskan sedikit badannya. Seperti yang kita lihat memang nampak ketara di bahagian pipi Bienda yang dah nampak montel. Semoga Bienda semakin sihat adanya.





Kredit: Mahu kisah lanjut tentang Bienda & apa pendapat beliau berkenaan kahwin sesama artis? Dapatkan akaun eksklusif JomStar.com dan dapatkan gambar dengan saiz & kualiti premium. Juga gossip & berita selebriti terkini terus ke komputer anda. Tiada kedai mamak terlibat. Dari RM0.20 sehari.




